Sunday 29 November 2015

Nasihat..

29/11/2015

Bersamaan 18 Safar 1437 H

Alhamdulillah

Di izin lagi Allah untuk aku hidup di dunia ini..
atas izin nya mencari-cari aku bekal untuk ku bawa keSana kelak...
kerana takutnya aku dengan diri ini yang mana belum tentu lagi pengakhirannya bagaimana..

berkata seseorang kepada ku.. setelah puas aku memikirkan apakah maksud ucapannya "kamu akan ditagih"

"Maksud kamu akan ditagih ya"

"kalau ingat dulu kamu suka balas wasap dengan "insyaAllah" atau "ok ja" ... berulang ulang lagi dan lagi .."

saya ambil contoh dari kata-kata Kiai Haji Romli seorang ulama' besar dari tanah Semarang, Boyolali Indonesia  "Orang yg suka menyebut InsyaAllah dan tidak apa nanti jangan smpai suatu hari nanti benda tu akan jadi kenyataan"
"Mungkin ada yang menyukainya tp ada yg tidak boleh terima . Apa pun yang berlaku sudahpun mnjadi ketetapan yg tak boleh diubah."
"Sebab itu saya sebut "nanti.."tidak apa kamu" nnti kamu akan ditagih". Manusia akan bertanya siapa ? Kenapa ? Bagaimana? Perlukah dll ? " 


Miskipun kurang faham aku maksudnya tapi aku boleh faham apa yang dia cuba sampaikan.. al maklumlah orangnya hebat.. penuh ilmu didada dan pastilah bahasanya tinggi untuk aku yang biasa-biasa ini...


Kadang-kadang kita punya banyak macam masalah yang mana fizikal badan ini pun lelah dibuatnya.. 
kerana lelah itu mengundang penat dan emosi yang celaru dalam diri kita.. kadang tidak sedar kita menyakiti orang lain... 

Bukan pun salah mereka tapi salah diri yang mungkin kurang tenang dalam menghadapi masalah yang mendatang.. dan aku belajar dari itu... yang aku perlu matang bukan hanya pada usia tapi pada pemikiran.


"kamu seorang yang baik. Bila saya lihat kamu saya nampak keletihan kamu, seribu satu masalah. kadang-kadang disembunyikan ya"

Malu ya Allah...

Aku ingin jadi manusia yang sentiasa senyum pada wajah.. Miskipun hati yang sedang ranap dan hancur.. tetap senyum miskipun di balik senyuman itu penuh duka dan cerita yang tidak terhadam. Allah tak izin lagi aku untuk kuat seperti itu.. Allahu Rabbi... Mampukah diri kecil ini jadi seperti itu. Aku teringat pada seseorang.. seseorang kakak.. dia merupakan fesilitator didalam kem itu dan aku adalah peserta... umurku muda lagi masa itu.. muda sangat tak jejak pun angka 20an pada ketika itu. terus terang aku jatuh cinta dengan kakak itu.. jatuh sayang.. wajahnya lembut.. pandangan matanya redup... bibirnya tak lekang dengan senyuman.. satu kalimah yang terpancul di bibirku sepanjang program itu " aku nak jadi macam akak tu". Hari terakhir aku bertanya macam mana ada manusia yang boleh senyum macam ni.. dia balas dengan senyuman.

Lama sesudah itu aku dapat perkhabaran dari seorang kakak fesi jugak yang sama tempat belajar dengan kakak tersebut.. dari dia aku tahu cerita hidup nya sangat menyedihkan... dan dia kuat dari ujian yang Allah bagi padanya.. dia hanya mampu senyum kerana hanya itu yang paling menenangkan buat dia.. menangis .. bersedih pun tidak berguna. Katanya kering sudah airmata, habis sudah keluhannya untuk itu dia terima semua ujian Allah dengan hati yang redha dan berbaik sangka pada Allah.

Terkadang kita berada di persimpangan Jalan, 
Tidak tahu ke mana nak pergi. 
Barang yang lepas usah ditangisi pemergiaannya,
Kelak bila hilang lagi sesuatu yang diganti nanti... 
Kamu akan menangis lagi .
Kalam Majnun ~~


Sesuai sangat dengan jiwaku yang rapuh.. airmatanya jatuh tanpa segan.. akhirnya aku menangis lagi sendirian menangis lagi mengenangkan kebodohan diri.. Kuat itu perlu untuk didik jiwa supaya kental. perlu belajar untuk pujuk hati sendiri biar hidup tidak menyusahkan hidup orang lain. Yang lepas jangan di kenang sebab kerana yang lepas itu hanya membuat ku lemah dan menangis lagi... DIDIK jiwaku untuk jadi kuat..

Sunday 18 October 2015

Hijrah ini Demi ILLAHI 1

19/10/2015


Assalamualaikum wbt


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Jerebu sudah jadi pengganti oxygen buat manusia di alam Melayu.. Rasanya sudah tepu mampat jantung dan segala benda asing masuk kedalam hati.. yang mana akhirnya mengundang sakit kepada pemilik jasad.

Allahu rabbi.. 

Jantung ini bukan sahaja sakit fizikalnya.. turun juga sakit batin nya… Segumpal daging yang di katakana Nabi Saw.. “Yang mana jika baik Daging itu maka baiklah seluruhnya.. dan begitu la sebaliknya… “  hadis penuh bagi kata-kata Nabi ini tidaklah aku ingat sepenuhnya.. mungkin sebab banyaknya dosa yang melingkari hati.. hinggakan hitamnya… amatlah gelap.

“Aku nak berubah Bukan sahaja berubah Pemakainan”

Sudah lama kata-kata itu terpahat di hati.. kalau aku fikir-fikir..  langkah berani itu aku tekadkan sahaja.. sedang pada masa itu amatlah asing perubahan itu malah mendapat respon negetif dari segelintir mereka.. tidak semua.. Alhamdulillah ada jugak yang baik hati yang ingin membantu dalam perjuangan untuk kenal dan cinta Allah.

Aku ingat lagi masa itu.. Sesorang berkata akan “ Berubah itu hanya satu langkah yang gerun pada mulanya, tapi sudah hati kata ingin terus jangan berlengah.”

Dan hari ini aku ingin tambah sedikit sambungan daripada ayat sesorang itu.. “ sesudah kau melangkah untuk hijrah demi ILLAHI.. ada satu lagi perjalanan yang jauh  yang bersyaratkan  satu kalimah iaitu ISTIQAMAH”

Aku masih ingat akan Hijrah ini demi ILLAHI.. sungguh-sungguh demi illahi.. aku rasakan hidayah itu datang dengan satu ketenangan… Bermula dengan mimpi.. aku mimpi yang dalam mimpi itu aku melihat sekujur tubuh yang tenat, sakit, aku melihat sendiri penderitaannya dan turut merasakan sakitnya  ujian yang menimpanya.. seluruh badannya luka.. sakit… bernanah.. seakan sakit kulit yang ngilukan seluruh mata yang memandang.. lama aku perhatikan pesakit itu.. aku merasakan sakit yang sama..semakin sakit kulit badan ini.. seakan-akan mencucuk-cucuk sakitnya hingga ketulang belulang.. aku sedar yang jasad yang terbaring itu aku.. dan aku meronta-ronta sehingga terjaga.. peluh dahi dingin membasahi wajah dan badan..tiba-tiba bergenang airmata ini teringat akan kisah Nabi Ayub As menderita sakit kulit namun tetap bersabar.. 

Malam itu malam terindah.. aku terbangun dari mimpi dan terus menunaikan 2 rakaat solat sunat.. sepanjang solat aku menangis  tersedu-sedu.. entah apa yang membuatku begitu sedih malam itu.. usai itu aku membaca ayat quran.. 3 pagi dan aku tak terasa sedikit mengantuk pun .. dada ini sebak sekali tangisan mengiring malam ku dengan bacaan al Quran yang sayup-sayup..  Itu la malam yang mana aku rasakan Hidayah itu datang  dan bila lampu hidayah itu telah dinyalakan, cubalah kalau kau  mampu untuk padamkannya semula.

Membara .. berkobar.. itulah rasaku pada hari-hari seterusnya… ~~

Kisah ku panjang untuk aku ceritakan semua.. 

insyaAllah semoga kita semua boleh cuba untuk melakukan u-turn kearah menuju Allah..  Sedang Allah amatlah kasih pada Hambanya .. lebih lah kasihNya dari kasihnya seorang IBU.


Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : "Allah Ta'ala berfirman : "Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia ingat kepadaKu dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. jika ia mendekat kepadaKu sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil"



                                                                                                                                                                                               Ti

Tuesday 13 January 2015

Masalah Ini Masalah Kita..?

13 Januari 2015


Tengah hujan kat kampung ini..

ada yang tengah enak tidur siap tarik selimut hingga paras leher... sudah pekak dia dengan irama hujan yang menghenyak rancak zink rumah papan yang mak ayah aku punya...(semua rezeki dari ALLAH.. tiada satu pun milik kami)


Hujan..

Semoga turunmu membawa kebaikan bersama Rahmat Nya yang mengGunung.

Sahabat dan bukan sahabat, kenal dan yang tak kenal,dan islam dan yang belum islam yang berada di sekitar pantai timur semoga kuat dan bertambah keimanan untuk lebih rasa bertuhan di dalam hati.. Semoga bencana disana tidak datang tanpa memberi rasa yang mendalam di hati-hati kita yang berfikir.. bukankah itu yang sepatutnya.. Tidaklah terjadinya sesuatu tanpa hikmah dari Nya... Hope kita bukan antara orang yang buta mata , buta hatinya hingga tidak lihat iktibar dan hikmah yang sedang cuba Dia perlihatkan kepada kita semua.


2014
2014
2014

huh... banyak benda terlintas...  

MH370.. entah hilang kemana..

MH17.. di letupkan dengan peluru berpandu tanpa alasan yang kukuh.. yang saya dengar " minta maaf kami tersalah.. kami ingat kapal musuh.."

that's All...?

Banjir di Pantai Timur...



Macam-macam spekulasi.. andaian.. 
aku yang berwatakan orang biasa dalam peristiwa ini .. 
jujur aku tak tahu.. 
watak sampingan yang aku sebagai rakyat memang frust jugak la..
kalau boleh nak marah semua orang yang bersalah nak hukum mereka yang terlibat tapi persoalannya siapa?? 
Since aku ni orang yang tak tahu dalam cerita ni.. 
memang aku tak tahu.. 
bukan sengaja tak ambil tahu.. 
tapi sejauh mana info yang kita dapat ni sahih dan sebanarnya..  
nak percaya pada andai meraka puh.. 
rasanya bukan satu tindakan  bijak .. 
so aku pilih jalan tengah .. 
Jalan yang mana benda yang boleh aku ambil .. aku ambil.. 
yang terlalu ekstrim tu aku tolak ..

sebab aku tak nak jadi orang bodoh yang akan jadi bodoh kuasa dua bila dia dengan semangat kentalnya mengaku dialah yang paling betul.. orang lain semua nya salah!.. yang paling bengap lagi dalam hal ini orang yang bodoh kuasa dua tu dia pi canang pula semua fakta yang dia ada bersama dengan teori dan firasatnya pada orang ramai, maka  akan wujudlah orang-orang bodoh kuasa empat dalam hal ini bila dia dengar.. dia percaya.. dia ambil bulat-bulat... dan dia tak nak dah dengar dari pihak lain...


Januari 2015

perghh...

isu hangat ni.. memang buat darah ini mendidih!
malu yang amat sangat.. aku yang malu .. 
isu kpop dan perempuan Melayu islam.. ISLAM

tiba-tiba teringat sesuatu.. satu kisah masa sekolah .. sekolah menengah...

kami pelajar Tingkatan 5 sukarela nak jadi AJK untuk Kem Remaja Islam dekat sekolah( sebenarnya lupa dah kem apa tapi memang kem islamik yang ustaz-ustazah anjurkan kat sekolah) 

al kisahnya.. sehari sebelum kem berlangsung ajk diminta untuk turun tolong ustaz dan ustazah untuk persiapan esok harinya..

ok saya pendekkan cerita masa nak balik tu dah nak masuk maghrib lebih kurang sejam lagi la nak masuk waktu maghrib.. so dah xda bas dah petang-petang macam tu.. jadi ustaz saya yang baik hati la yang hantar kami balik masa tu... 

apa yang paling saya ingat masa tu ustaz bawa kereta memang laju.. tapi sebelum ustaz pecut tu saya ingat lagi dia tangalkan kopiah dekat kepala ustaz.. saya tanya ustaz kenapa buka kopiah.. dia balas pendek je..

"sebab ustaz xnak orang nampak ustaz bawa keta laju org lebel org islam ini suka bawa keta laju"


INI typikal dan kritikalnya tahap pemikiran orang malaysia( kenapa orang malaysia sebab saya duduk malaysia dan saya nampak ini yang terjadi). Bila yang pakai tudung tu nama dia siti dan dia buat kelakuan yang tak bermoral .. orang tak cakap "siti tu memang tak patut...." tapi orang akan cakap " orang islam je tapi tak beradap.. Tak Malu!"


saya bukan kakak.. or adik.. sepupu.. saudara... kamu pun..
tapi saya tetap nak cakap jugak perempuan kat luar sana tu tolong jangan sampai hilang kawalan diri.. sebab kita dengan tudung sedang bawa nama islam kat atas kepala.. bila Tudung dekat atas kepala tu hanya dinilai sebagai secebis kain untuk tutup rambut.. maka itu sahaja nilainya dan hari ini kes "gadis melayu dipeluk dicium oleh artist korea" terjadi di masa akan datang kes-kes yang lebih teruk lagi akan berlaku.

kita hidup kat dunia ni sekali je.. dan sekali dosa yang kita buat dengan rasa seronok akan membawa kedosa-dosa yang lebih besar.. dan sekali yang terbiasa akan membawa kepada kebiasaan yang akan membawa keneraka..


aku bukan orang pandai pun.. nak cakap orang ni masuk neraka.. orang ni baik masuk sorga.. aku bukan baik sangat pun nak cakap orang tu jahat masuk neraka.  tapi sebab sayang  aku just nak cakap benda ni.. hope nanti tak dah orang tuntut aku kat akhirat sebab tak tegur.. well aku takut azab Allah..


P/s: sebab kerana Cinta aku tulis.. untuk kau baca dan sampaikan pada yang lain.