Wednesday 28 December 2016

Aku Rindu

Berpinar akal mencari makna
Makna yang entah apa di carinya

Bingung bengong sendiri dia
Seakan anak kecil hilang ceria

Lalu di pejamkan mata
Usaha dulu siapa tahu boleh lelap matanya
Gila! Akalnya meliar entah apa mahunya

Gugur jatuh deras sekali air mata
Ada rindu yang mengila
Ada keinginan menganggu jiwa
Sebenarnya dia ada-ada sahaja

Biar terbawa rindu di ilusi minda
Biar terasa di hati mereka
Biar jauh dimensi tapi tetap rasa itu ada
Biarkan rindu itu selamat sempai padaNya

Moga rindu yang dikirim tidak tersalah tujunya
Agar sampai rindu ini dan berbalas syafaatNya 


By NSI

November 3, 2016
2:12 am

Wednesday 7 December 2016

Its Life.. Deal with it


 


Diatas mahupun dibawah
Hidup yes memang atas pilihan..
Tapi kadang ada yang perlu kau redah dan Redha..

Ada banyak ragam manusia
Ada banyak macam gaya juga
Yang pasti mulut tidak henti mencoretkan sketsa
Tentang hidup manusia semuanya mahu di cerita..

Kadang atas kadang bawah
Kadang sinis kadang amarah

Kadang di cerca di benci
Kadang di puja di puji
Ada yang melihat tidak peduli
Aku namakan ia persepsi
Terpulang dari mata yang melihat semua ini

Yang penting sekarang ini adalah dirimu
Usah kau bazir bimbang rasamu

Kerana sedikit pun itu tidak bermanfaat
Samaada untuk dunia mahupun akhirat

Ajar hati bernafas lega atas diri
Ajar diri mu terbang seperti merpati
Ajar kuat jiwa mu biar boleh kendiri
Usah lagak tersungkur minta simpati
Kerana kau masih ada Illahi
Untuk kau adukan semua pilu di hati..

by NSI


November 7, 2016

Wednesday 30 November 2016

Tentang sesorang tapi Aku mahu cerita pasal 'Iqra'


Buku keramat catatan lesu ku buka semula
Pasti ada yang menganggu ruang minda

Terbelenggu seakan 'marah' sudah bermaharajalela
Ini bukan marah in cuma geram yang sudah terbiasa

Lagaknya persis anak manja orang-orang kaya
Seperti anak kecil yang meronta-ronta
Percaya sahaja anak kecil itu akan baik seperti sedia kala

'Geramnya' tentang seseorang yang Misteri
Lagaknya seperti superhero bertopeng diri
Tapi dia bukan Superhero cap Kaki


Hidup dia dengan tulisan yang ada manfaat pada diri
Seakan peluru berpandu meluru laju ke hati


Siapa dia yang terimaginasi
Tertanya-tanya seperti esok sudah tidak berbaki
Katanya aku Gelojoh tak sedar diri
Mahu bikin apa memang sudah sikap diri
Aku 'rush', aku terlalu worry dan amat 'curiosity'
Pesan mendidik seperti seorang ayah-ayah 'mohon baiki'
Masa dan sabar.. aku perlu muhasabah diri


 Dia seperti tuan tanah di alam maya
Gerak geri diri sudah terbacanya


Dia dengan tulisan yang mendidik jiwa
Anak muda harus baca biar terbuka akal minda
 

Kata Allah dalam Quran "Iqra"
Pembuka pada pintu Ilmu masuk didada
 

Hidup dengan Catatan pena
Untuk nusa bangsa yang merdeka
 

Generasi baru sudah haus kerana kontangnya ilmu didada
sedikit yang bermanfaat itu lebih baik dari tidak ada 

kerana Ilmu untuk di kongsi bersama

Siapa dia sudah tidak jadi persoalan lagi
Sedang 'Hlovate'ku juga kan masih Misteri
Senyum selalu selagi ada mentari pagi
Pencipta mentari lebih wajar di Kenali


 by NSI

November 05, 2016 

Thursday 10 November 2016

Rumahku Syurgaku

Telah tumpah air hujan dibumi Lahad Datu..
Macam tu juga tumpahnya air mata kerana rindu..

Rindu bukan pada nama tempat itu Lahad Datu
Tapi rindu pada namanya keluarga di sana..

Ahh aku bukan anak yang baik..

Pesan ibu selalu berkulat di almari buku yang tak terusik..

Pahadal Bukan kah kau sudah janji?
"Belajar elok-elok katanya ibu"

Kau menganguk dear..

Early morning in Lahad Datu..


September 2016






Picture  taken  at my hometown

Curi PerhatianNya

 

Saat bulan menampakkan wajah
Ada sekeping hati yang gelisah
Ada manusia yang resah
Ada juga yang tidak kesah

Mungkin Malam ini dia rindu
Rindunya pada yang Satu
Pesan pada diri rindu itu biar selalu

Alam seakan mengerti malam ini lain
Ada susuk yang bersendirian bersama sunyi dan bulan

Saat angin membisikkan sesuatu pada jiwa
Ada yang bangkit mengetar seluruh semesta

Selagi jasad masih bernadi
Ingin ku baca kalam Suci

Berbait-bait doa ku kirim padaMu
Untuk mengetuk pintu Rahmat Mu
Sebelum jasad kehabisan waktu
Membawa ku pulang ke rumah kosong berdebu

by NSI

November 10, 2016
1.21 am