Wednesday 7 December 2016

Its Life.. Deal with it


 


Diatas mahupun dibawah
Hidup yes memang atas pilihan..
Tapi kadang ada yang perlu kau redah dan Redha..

Ada banyak ragam manusia
Ada banyak macam gaya juga
Yang pasti mulut tidak henti mencoretkan sketsa
Tentang hidup manusia semuanya mahu di cerita..

Kadang atas kadang bawah
Kadang sinis kadang amarah

Kadang di cerca di benci
Kadang di puja di puji
Ada yang melihat tidak peduli
Aku namakan ia persepsi
Terpulang dari mata yang melihat semua ini

Yang penting sekarang ini adalah dirimu
Usah kau bazir bimbang rasamu

Kerana sedikit pun itu tidak bermanfaat
Samaada untuk dunia mahupun akhirat

Ajar hati bernafas lega atas diri
Ajar diri mu terbang seperti merpati
Ajar kuat jiwa mu biar boleh kendiri
Usah lagak tersungkur minta simpati
Kerana kau masih ada Illahi
Untuk kau adukan semua pilu di hati..

by NSI


November 7, 2016

No comments:

Post a Comment