Wednesday 30 November 2016

Tentang sesorang tapi Aku mahu cerita pasal 'Iqra'


Buku keramat catatan lesu ku buka semula
Pasti ada yang menganggu ruang minda

Terbelenggu seakan 'marah' sudah bermaharajalela
Ini bukan marah in cuma geram yang sudah terbiasa

Lagaknya persis anak manja orang-orang kaya
Seperti anak kecil yang meronta-ronta
Percaya sahaja anak kecil itu akan baik seperti sedia kala

'Geramnya' tentang seseorang yang Misteri
Lagaknya seperti superhero bertopeng diri
Tapi dia bukan Superhero cap Kaki


Hidup dia dengan tulisan yang ada manfaat pada diri
Seakan peluru berpandu meluru laju ke hati


Siapa dia yang terimaginasi
Tertanya-tanya seperti esok sudah tidak berbaki
Katanya aku Gelojoh tak sedar diri
Mahu bikin apa memang sudah sikap diri
Aku 'rush', aku terlalu worry dan amat 'curiosity'
Pesan mendidik seperti seorang ayah-ayah 'mohon baiki'
Masa dan sabar.. aku perlu muhasabah diri


 Dia seperti tuan tanah di alam maya
Gerak geri diri sudah terbacanya


Dia dengan tulisan yang mendidik jiwa
Anak muda harus baca biar terbuka akal minda
 

Kata Allah dalam Quran "Iqra"
Pembuka pada pintu Ilmu masuk didada
 

Hidup dengan Catatan pena
Untuk nusa bangsa yang merdeka
 

Generasi baru sudah haus kerana kontangnya ilmu didada
sedikit yang bermanfaat itu lebih baik dari tidak ada 

kerana Ilmu untuk di kongsi bersama

Siapa dia sudah tidak jadi persoalan lagi
Sedang 'Hlovate'ku juga kan masih Misteri
Senyum selalu selagi ada mentari pagi
Pencipta mentari lebih wajar di Kenali


 by NSI

November 05, 2016 

No comments:

Post a Comment