Tuesday 31 January 2017

Aku mahu jadi Senyuman mu

Semakin perlahan kayuhannya
Baju pakainya pudar sudah warna

Selipar jepun di pakai sudah bertukar warna
Bahkan rambut hitam, memutih sama

Semangat mu selalu menyala
Senyum sayumu buat mata berkaca

Kedut di wajah semakin ketara
Bikin retak hati muda 

Ada air jernih bergenang di mata
Meluruh jatuh hangat terasa
Syahdu mengenangkan wajahnya

Semoga sempat berbakti sebagai anak merdeka
Semoga sempat kau lihat anakmu berjaya
Semoga sempat dia buat hati itu berbangga

Tunggu disana dengan sihat dan sejahtera
Anak kecilmu akan pulang dari jua
Tunggu sebentar lagi.. sudah tidak lama

Akan anak kecil ini bawa pergi derita
Akan dia bawa padamu senyum ceria
Akan dia hapus pergi duka
Akan dia lap keringat tua
Akan dia jaga mu di hari hari tersisa

Berkat tidak putus doa dari mu
Kejayaan hari ini bukan milikku
Semua atas restu dan redhaNya dan kamu
Semoga berbalas pulangan tempat terbaik buat mu
Tempat pulang terbaik yakni Syurga buat mu

Cukuplah aku jadi senyum mu
Cukuplah aku jadi kecintaan mu
Cukuplah aku jadi penyeri hidupmu
Di dunia dan di sana kelak

by NSI



9.02 pm
November 5, 2016

No comments:

Post a Comment