Tuesday 13 January 2015

Masalah Ini Masalah Kita..?

13 Januari 2015


Tengah hujan kat kampung ini..

ada yang tengah enak tidur siap tarik selimut hingga paras leher... sudah pekak dia dengan irama hujan yang menghenyak rancak zink rumah papan yang mak ayah aku punya...(semua rezeki dari ALLAH.. tiada satu pun milik kami)


Hujan..

Semoga turunmu membawa kebaikan bersama Rahmat Nya yang mengGunung.

Sahabat dan bukan sahabat, kenal dan yang tak kenal,dan islam dan yang belum islam yang berada di sekitar pantai timur semoga kuat dan bertambah keimanan untuk lebih rasa bertuhan di dalam hati.. Semoga bencana disana tidak datang tanpa memberi rasa yang mendalam di hati-hati kita yang berfikir.. bukankah itu yang sepatutnya.. Tidaklah terjadinya sesuatu tanpa hikmah dari Nya... Hope kita bukan antara orang yang buta mata , buta hatinya hingga tidak lihat iktibar dan hikmah yang sedang cuba Dia perlihatkan kepada kita semua.


2014
2014
2014

huh... banyak benda terlintas...  

MH370.. entah hilang kemana..

MH17.. di letupkan dengan peluru berpandu tanpa alasan yang kukuh.. yang saya dengar " minta maaf kami tersalah.. kami ingat kapal musuh.."

that's All...?

Banjir di Pantai Timur...



Macam-macam spekulasi.. andaian.. 
aku yang berwatakan orang biasa dalam peristiwa ini .. 
jujur aku tak tahu.. 
watak sampingan yang aku sebagai rakyat memang frust jugak la..
kalau boleh nak marah semua orang yang bersalah nak hukum mereka yang terlibat tapi persoalannya siapa?? 
Since aku ni orang yang tak tahu dalam cerita ni.. 
memang aku tak tahu.. 
bukan sengaja tak ambil tahu.. 
tapi sejauh mana info yang kita dapat ni sahih dan sebanarnya..  
nak percaya pada andai meraka puh.. 
rasanya bukan satu tindakan  bijak .. 
so aku pilih jalan tengah .. 
Jalan yang mana benda yang boleh aku ambil .. aku ambil.. 
yang terlalu ekstrim tu aku tolak ..

sebab aku tak nak jadi orang bodoh yang akan jadi bodoh kuasa dua bila dia dengan semangat kentalnya mengaku dialah yang paling betul.. orang lain semua nya salah!.. yang paling bengap lagi dalam hal ini orang yang bodoh kuasa dua tu dia pi canang pula semua fakta yang dia ada bersama dengan teori dan firasatnya pada orang ramai, maka  akan wujudlah orang-orang bodoh kuasa empat dalam hal ini bila dia dengar.. dia percaya.. dia ambil bulat-bulat... dan dia tak nak dah dengar dari pihak lain...


Januari 2015

perghh...

isu hangat ni.. memang buat darah ini mendidih!
malu yang amat sangat.. aku yang malu .. 
isu kpop dan perempuan Melayu islam.. ISLAM

tiba-tiba teringat sesuatu.. satu kisah masa sekolah .. sekolah menengah...

kami pelajar Tingkatan 5 sukarela nak jadi AJK untuk Kem Remaja Islam dekat sekolah( sebenarnya lupa dah kem apa tapi memang kem islamik yang ustaz-ustazah anjurkan kat sekolah) 

al kisahnya.. sehari sebelum kem berlangsung ajk diminta untuk turun tolong ustaz dan ustazah untuk persiapan esok harinya..

ok saya pendekkan cerita masa nak balik tu dah nak masuk maghrib lebih kurang sejam lagi la nak masuk waktu maghrib.. so dah xda bas dah petang-petang macam tu.. jadi ustaz saya yang baik hati la yang hantar kami balik masa tu... 

apa yang paling saya ingat masa tu ustaz bawa kereta memang laju.. tapi sebelum ustaz pecut tu saya ingat lagi dia tangalkan kopiah dekat kepala ustaz.. saya tanya ustaz kenapa buka kopiah.. dia balas pendek je..

"sebab ustaz xnak orang nampak ustaz bawa keta laju org lebel org islam ini suka bawa keta laju"


INI typikal dan kritikalnya tahap pemikiran orang malaysia( kenapa orang malaysia sebab saya duduk malaysia dan saya nampak ini yang terjadi). Bila yang pakai tudung tu nama dia siti dan dia buat kelakuan yang tak bermoral .. orang tak cakap "siti tu memang tak patut...." tapi orang akan cakap " orang islam je tapi tak beradap.. Tak Malu!"


saya bukan kakak.. or adik.. sepupu.. saudara... kamu pun..
tapi saya tetap nak cakap jugak perempuan kat luar sana tu tolong jangan sampai hilang kawalan diri.. sebab kita dengan tudung sedang bawa nama islam kat atas kepala.. bila Tudung dekat atas kepala tu hanya dinilai sebagai secebis kain untuk tutup rambut.. maka itu sahaja nilainya dan hari ini kes "gadis melayu dipeluk dicium oleh artist korea" terjadi di masa akan datang kes-kes yang lebih teruk lagi akan berlaku.

kita hidup kat dunia ni sekali je.. dan sekali dosa yang kita buat dengan rasa seronok akan membawa kedosa-dosa yang lebih besar.. dan sekali yang terbiasa akan membawa kepada kebiasaan yang akan membawa keneraka..


aku bukan orang pandai pun.. nak cakap orang ni masuk neraka.. orang ni baik masuk sorga.. aku bukan baik sangat pun nak cakap orang tu jahat masuk neraka.  tapi sebab sayang  aku just nak cakap benda ni.. hope nanti tak dah orang tuntut aku kat akhirat sebab tak tegur.. well aku takut azab Allah..


P/s: sebab kerana Cinta aku tulis.. untuk kau baca dan sampaikan pada yang lain.